Khamis, 23 November 2006

Asal-usul membuang air besar

Dari sebuah riwayat menyebut bahawa Nabi Adam a.s. setelah beliau memakan buah khuldi maka perutnya pun memulas kerana merasakan ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur. Selain dari buah khuldi ini tidaklah menjadi hal, maka sebab itulah Allah melarang Nabi Adam dan Siti Hawa memakan buah tersebut. Setelah Adam merasa hendak membuang air besar maka beliau pun berlari mengelilingi syurga untuk mencari tempat untuk membuang air besar. Lalu Allah pun memerintahkan malaikat untuk menanyakan akan halnya.
Berkata malaikat "Apa yang kamu kehendaki ?" Jawab Adam, "Aku ingin membuang kotoran yang ada di dalam perutku ini." Kemudian Allah mewahyukan pada malaikat, katakan padanya, di mana kamu hendak letakkan kotoran yang ada di dalam perutmu itu, di tempat tidurmu, di singgahsana, di sungai atau di bawah pohon kayu. Adakah kamu dapati semua tempat itu sesuai untuk kamu membuangnya ?. Oleh itu turunlah kamu ke bumi.
Syurga adalah tempat yang paling suci, paling bersih dari segala kotoran atau najis yang kita lihat di dunia ini. Keindahan dan keharumannya tidak dapat digambarkan dengan pancaindera kasar kita. Telah di terangkan apabila kita dimasukkan ke dalam syurga maka seseorang itu tidak akan merasa hendak membuang air besar atau kecil.Setiap insan yang hidup cara Rasulullah s.a.w. adalah orang yang akan mendapat penghormatan di dunia dan di akhirat. Di dunia orang akan menghormatinya dan di akhirat Allah akan membalas dengan syurga dan rahmatNya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih dengan blog ini saya mendapat pengetahuan kisah dahulu