Jumaat, 24 November 2006

Ali berjual beli dengan Malaikat

Suatu masa ketika Ali pulang dari menziarah ia terus ke dapur dan bertanya pada Fatimah makanan apakah yang telah disediakan untuknya. Jawab Fatimah, "Wahai suamiku! aku tidak mempunyai sesuatu apapun untuk dihidangkan, tetapi aku ada memiliki wang 6 dirham yang ku simpan buat membeli makanan Hassan dan Hussain." Ali pun meminta wang itu untuk dibelikan makanan anaknya. Dalam perjalanannya kekedai ia terserempak dengan lelaki yang berkata, "siapa yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik."Mendengarkan perkataan itu, Ali terus memberikan wangnya lalu pulang ke rumah.
Apa yang berlaku diceritakan kepada Fatimah yang mendengarnya dengan ridha sengguhpun mereka sendiri sedang kelaparan. Setelah itu Ali pun keluar untuk ke rumah Rasulullah. Dipertengahan jalan ia telah disapa oleh seorang lelaki, " Wahai Ali, belilah unta ini." Kerana menyedari Ali tidak memiliki apa-apa maka orang itu pun berkata, " Engkau ambillah dahulu unta ini dengan harga 100 dirham dan wangnya engkau serahlah kemudian." Setelah membelinya tiba-tiba datang pula seorang lelaki lain lalu menyapa, "Wahai Ali! engkau juallah unta itu kepadaku." Jawab Ali, "ya! memang aku mahu menjualnya dengan harga 300 dirham."
Lelaki itu pun bersetuju lalu dibayarnya secara tunai. Selepas itu barulah Ali pergi berjumpa dengan Rasulullah, kata Rasullullah, "Tahukah kamu, siapakah yang menjual dan membeli unta kamu itu" Jawab Ali, "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui."Kata Rasulullah, "Wahai Ali kamu sungguh beruntung, pinjaman kamu kepada Allah cuma 6 dirham, tetapi Allah telah membalasnya dengan 300 dirham. Lelaki yang menjual unta tadi adalah Jibrail a.s. dan lelaki yang membelinya pula adalah Israfil a.s."

Tiada ulasan: