Sabtu, 11 Ogos 2007

Wasiat Umamah Bt Harith

Umamah telah mewasistkan pada puterinya yang akan berkahwin dengan seorang raja Yaman iaitu Al Harith b. Amru. Katanya, "Wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberitahu padamu sebagai pedoman dan juga panduan untukmu dalam kehidupan berumah tangga iaitu;

01. Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai ia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk

02. Sentiasalah membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

03. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya ia akan bersikap lembut terhadapmu.

04. Uruskan rumah tangganya dengan baik dan sempurna.

05. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

06. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

07. Jagalah waktu makannya dan waktu ia beristirehat kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik begitu juga dengan tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

08. Jika ia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan kesedihan, kamu mesti pandai mengikut uasana hatinya.

09. Hiasilah dirimu selalu agar ia senang bila memandangmu.

10. Jadikanlah dirimu itu sebagai amah kepadanya nescaya ia akan menjadi penolong pula pada dirimu.