Jumaat, 15 Februari 2008

Kebesaran Surah Al Ikhlas

Berkata Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. telah bercerita, "Ketika aku berisrak ke langit, aku telah melihat Arasy itu terletak di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi dengan satu sendiialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang adalah bermula dari timur ke barat. Di setiap padang itu pula terdapat 80,000 malaikat yang mana mereka semuanya membawa surah Al Ikhlas.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Setelah selesai mereka membaca surah tersebut lalu mereka berkata, "Wahai Tuhan kami! sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al Ikhlas sama ada ia lelaki atau perempuan." Para sahabat yang mendengarnya merasa amat kagum.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi " Demi Allah jiwa aku di tanganNya, sesungguhnya " Qul Huwallah hu Ahad" itu telah tertulis disayap Jibril a.s. "Allah Hussomad" telah tertulis di sayap Mikail a.s. "Lam Yalid walam yulad" tertulis pada sayap Izrail a.s. "Walam yakun lahu Kufuwan Ahad" tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu barang siapa dari umatku membaca Surah Al Ikhlas maka ia akan diberi pahala sama seperti membaca kitab Taurat, kitab Injil, kitab Zabur dan kitab Al Quran yang agung."