Rabu, 20 Disember 2006

Ganjaran Sedekah

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita berada di negara yang aman dan makmur. Kepada kakitangan perkhidmatan awam , yang baru mendapat bonus gunakanlah sebaik mungkin.Saya mengingatkan diri saya dan umat islam yang lain agar banyak-banyaklah bersedekah.Di sini hayatilah kisah di zaman Rasulullah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda katanya, "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t . dengan 4 jenis pembalasan iaitu,
01. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda.
02. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda.
03. satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda.
04. Satu sedekah yang dibalas dengan 100 kali ganda.

Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Baqqrah, "Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebutir biji dan biji itu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula membuahkan seratus biji buah. Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah itu Maha Luas lagi Maha mengetahui."

Ahad, 17 Disember 2006

sambungan cara makan

Dalam kitab, juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam.Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut;
Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur( sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh saintis yng membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai enzyme banyak terkandung di celah jari , iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur.( enzyme sejenis cecair percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam), Wassalam....

Sama-samalah kita amalkannya....
WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaalah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sabtu, 9 Disember 2006

Cara makan yang betul

Ada sedikit ilmu yang ingin dikongsi bersama-sama.

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje? Sebabnya terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lain-lain.

Ini pun adalah diet Rasullulah S.A.W. juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya sehari-hari.Apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet ini,gerenti kawan-kawan tak sakit perut ataupun keracunan makanan.

jangan makan SUSU + DAGING

jangan makan DAGING + IKAN

jangan makan IKAN + SUSU

jangan makan AYAM + SUSU

jangan makan IKAN + TELUR

jangan makan IKAN + DAUN SALAD

jangan makan SUSU + CUKA

jangan makan BUAH + SUSU, contohnya KOKTEL

* JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI,SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

* JANGAN SESEKALI TIDAK MAKAN MALAM. SESIAPA YANG TIDAK MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

~Nampak memanglah pelik, tapi kalau tak percaya............kawan-kawan cubala..............
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie...... ia berkesan bila kita sudah tuo nanti.


Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan Ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Waallahu a'lam

Sabtu, 2 Disember 2006

Arak menjadi madu

Dari sebuah riwayat, pada suatu hari sedang Umar R.a. berjalan-jalan di sekitar bandar Madinah maka terlihatlah olehnya seorang pemuda yang berjalan dengan membawa suatu barang di dalam bajunya, kerana nampak kelainan lalu bertanyalah Umar r.a. "benda apakah yang kamu bawa di dalam baju kamu itu?" Mendengar soalan dari seorang khalifah maka bergementar pemuda itu kerana barang yang disembunyikan di dalam bajunya adalah botol arak.
Kerana terlalu takut bersumpahlah ia di dalam hatinya, " Ya Tuhanku! janganlah Engkau malukan aku di hadapan Umar, aku berjanji selepas ini aku tidak akan meminumnya buat selama-lamanya." Lalu bersuaralah pemuda ini kepada Umar, katanya ,"Ya Amirul Mukminin! sebenarnya dalam bajuku ini adalah botol madu." Berkata Umar, "cuba kamu keluarkan,aku mahu melihatnya." Dengan bergetar-getar ia memberikan botol itu pada Umar. Dengan kehendak Allah arak tadi telah bertukar menjadi madu lalu Umar pun mengembalikannay semula. Pemuda ini berasa sungguh hairan namun ia tetap bersyukur dan selepas kejadian itu ia tidak lagi menyentuh arak.

Sabtu, 25 November 2006

Sifat api neraka

Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril untuk bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya." Kalau begitu berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.

Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di surga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

Jumaat, 24 November 2006

Ali berjual beli dengan Malaikat

Suatu masa ketika Ali pulang dari menziarah ia terus ke dapur dan bertanya pada Fatimah makanan apakah yang telah disediakan untuknya. Jawab Fatimah, "Wahai suamiku! aku tidak mempunyai sesuatu apapun untuk dihidangkan, tetapi aku ada memiliki wang 6 dirham yang ku simpan buat membeli makanan Hassan dan Hussain." Ali pun meminta wang itu untuk dibelikan makanan anaknya. Dalam perjalanannya kekedai ia terserempak dengan lelaki yang berkata, "siapa yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik."Mendengarkan perkataan itu, Ali terus memberikan wangnya lalu pulang ke rumah.
Apa yang berlaku diceritakan kepada Fatimah yang mendengarnya dengan ridha sengguhpun mereka sendiri sedang kelaparan. Setelah itu Ali pun keluar untuk ke rumah Rasulullah. Dipertengahan jalan ia telah disapa oleh seorang lelaki, " Wahai Ali, belilah unta ini." Kerana menyedari Ali tidak memiliki apa-apa maka orang itu pun berkata, " Engkau ambillah dahulu unta ini dengan harga 100 dirham dan wangnya engkau serahlah kemudian." Setelah membelinya tiba-tiba datang pula seorang lelaki lain lalu menyapa, "Wahai Ali! engkau juallah unta itu kepadaku." Jawab Ali, "ya! memang aku mahu menjualnya dengan harga 300 dirham."
Lelaki itu pun bersetuju lalu dibayarnya secara tunai. Selepas itu barulah Ali pergi berjumpa dengan Rasulullah, kata Rasullullah, "Tahukah kamu, siapakah yang menjual dan membeli unta kamu itu" Jawab Ali, "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui."Kata Rasulullah, "Wahai Ali kamu sungguh beruntung, pinjaman kamu kepada Allah cuma 6 dirham, tetapi Allah telah membalasnya dengan 300 dirham. Lelaki yang menjual unta tadi adalah Jibrail a.s. dan lelaki yang membelinya pula adalah Israfil a.s."

Khamis, 23 November 2006

Beramal dengan 3 perkara

Pada zaman Nabi Isa a.s. ada seorang wanita yang sangat kuat imannya. Pernah terjadi ketika ia sedang membakar roti tiba-tiba terdengar suara azan lalu dengan serta merta ia meninggalkan roti itu dan segera beredar ke masjid. Pada masa ia sedang solat itu datanglah syaitan membisikkan padanya " Saudaraku! rotimu telah hangus, kamu sudah tidak ada makanan lagi." Jawab wanita ini, "Tuhan yang aku sembah lebih baik dari roti yang aku bakar." Syaitan berasa kecewa kerana usahanya tidak berhasil.
Selepas solat wanita ini meletakkan pula anaknya ditempat pembakaran roti. Hal ini dilihat oleh suaminya sendiri lalu mendapatkan Nabi Isa dan diceritakan segalanya. Nabi Isa yang datang dengan sendirinya menyaksikan hal ini juga berasa hairan melihatkan anak-anak itu bermain dengan bara api.Bara api itu kemudiannya berubah pula menjadi batu permata yang indah. Nabi Isa lalu memerintahkan orang memanggil wanita ini datang memgadapnya. Berkatalah Nabi Isa "wahai hamba Allah, apakah amalanmu sehingga kamu mendapat kemuliaan ini ?
Jawab wanita, "Wahai nabi Allah, aku sentiasa beramal dengan 3 perkara dan aku jaga 3 perkara.
Apa yang aku beramal ialah,
sentiasa menziarahi orang mati, apabila ada diantara orang-orang yang hadir itu menyebut keburukan simati maka aku cela orang itu dan sekiranya ada yang datang meminta bantuanku, jika aku berkuasa menolongnya semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Hanya itulah saja amalanku."

Asal-usul membuang air besar

Dari sebuah riwayat menyebut bahawa Nabi Adam a.s. setelah beliau memakan buah khuldi maka perutnya pun memulas kerana merasakan ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur. Selain dari buah khuldi ini tidaklah menjadi hal, maka sebab itulah Allah melarang Nabi Adam dan Siti Hawa memakan buah tersebut. Setelah Adam merasa hendak membuang air besar maka beliau pun berlari mengelilingi syurga untuk mencari tempat untuk membuang air besar. Lalu Allah pun memerintahkan malaikat untuk menanyakan akan halnya.
Berkata malaikat "Apa yang kamu kehendaki ?" Jawab Adam, "Aku ingin membuang kotoran yang ada di dalam perutku ini." Kemudian Allah mewahyukan pada malaikat, katakan padanya, di mana kamu hendak letakkan kotoran yang ada di dalam perutmu itu, di tempat tidurmu, di singgahsana, di sungai atau di bawah pohon kayu. Adakah kamu dapati semua tempat itu sesuai untuk kamu membuangnya ?. Oleh itu turunlah kamu ke bumi.
Syurga adalah tempat yang paling suci, paling bersih dari segala kotoran atau najis yang kita lihat di dunia ini. Keindahan dan keharumannya tidak dapat digambarkan dengan pancaindera kasar kita. Telah di terangkan apabila kita dimasukkan ke dalam syurga maka seseorang itu tidak akan merasa hendak membuang air besar atau kecil.Setiap insan yang hidup cara Rasulullah s.a.w. adalah orang yang akan mendapat penghormatan di dunia dan di akhirat. Di dunia orang akan menghormatinya dan di akhirat Allah akan membalas dengan syurga dan rahmatNya.