Rabu, 19 Disember 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha

Salam aidiladha kepada seluruh umat islam.
Kepada mereka yang mempunyai saudara yang mengerjakan ibadat haji, doakanlah mereka sihat sejahtera dan dapat melaksanakan Rukun Islam ini dengan sempurna. InsyaAllah.

Sabtu, 15 September 2007

Selamat Berpuasa

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam di seluruh dunia.
Niat puasa seperti dibawah:



Niat berbuka seperti di bawah:

Sabtu, 11 Ogos 2007

Wasiat Umamah Bt Harith

Umamah telah mewasistkan pada puterinya yang akan berkahwin dengan seorang raja Yaman iaitu Al Harith b. Amru. Katanya, "Wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberitahu padamu sebagai pedoman dan juga panduan untukmu dalam kehidupan berumah tangga iaitu;

01. Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai ia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk

02. Sentiasalah membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

03. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya ia akan bersikap lembut terhadapmu.

04. Uruskan rumah tangganya dengan baik dan sempurna.

05. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

06. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

07. Jagalah waktu makannya dan waktu ia beristirehat kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik begitu juga dengan tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

08. Jika ia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan kesedihan, kamu mesti pandai mengikut uasana hatinya.

09. Hiasilah dirimu selalu agar ia senang bila memandangmu.

10. Jadikanlah dirimu itu sebagai amah kepadanya nescaya ia akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Sabtu, 16 Jun 2007

Cara Mengira Zakat Pendapatan

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua umat islam, cara-cara mengira zakat pendapatan.

Nama : Ali Ba
NO K/P : 123456-00-789

Pendapatan sebulan : RM 5,000.00
Bonus ( anggaran ) : 0.5 bulan
Pendapatan kasar setahun :RM 62,500.00

Tolak perbelanjaan :
*Diri.....................................................RM 8,000.00
*Isteri.................Bil 1 orang.....................RM 3,000.00
*Anak..................Bil 2 orang ...................RM 1,600.00
*Ibu Bapa ..........RM 200.00 sebulan ...RM 2,400.00
*KWSP ( 9% @ 11% )....... 11 % .............RM 6,875.00
*Caruman ke Organisasi ....................... RM 0.00
yang membayar zakat
(cth: Tabung Haji & Moccis )

Jumlah tidak dikenakan zakat ............. RM 21,875.00

Jumlah dikenakan zakat:
RM 62,000.00
- RM 21,875.00
_______________
RM 40,625.00

Jumlah zakat yang wajib
dikeluarkan setahahun......................... RM 1015.625


Potongan Bulanan Untuk Ali Ba ialah : RM 84.64 Sebulan



Kadar Zakat ------------------------------------- 2.5 %
Perbelanjaan Seorang Anak ---------------------- RM 800.00
Perbelanjaan Seorang Isteri ---------------------- RM 3000.00
Jumlah Minima Dikenakan Zakat -----------------RM 3000.00

Selamat Hari Bapa


Ingat,
Tugas bapa bukan sekadar memberi nafkah kepada keluarga sahaja.Bapa berperanan melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga.
Sempena sambutan hari bapa ini , kaum bapa harus merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu kita.

Jumaat, 20 April 2007

Jibril Menguji Nabi Ibrahim

Apabila Allah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai kekasihnya, berkata para malaikat, "Sesungguhnya Ibrahim itu ada anak, isteri dan harta benda, sudah semestinya ia sendiri akan sibuk dengan hal-hal itu daripada mengingatiMu." Allah berfirman, " Janganlah kamu memandang hambaKu dari segi kekayaannya tetapi pandanglah pada hati dan amalnya. Kalau kamu mahu mencubanya pergilah kamu kepadanya." Turunlah malaikat Jibril dalam rupa bentuk manusia lalu datang pada Ibrahim, katanya "Milik siapakah kambing yang banyak ini ?

Waktu itu Nabi Ibrahim sedang mengembala kambingnya bersama 12 000 ekor serigala buruan.Bayangkanlah berapa banyaknya kambing Nabi Ibrahim. Jawab Ibrahim. " Semuanya milik Allah tetapi sekarang ia ditanganku." Bolehkah kamu beri seekor padaku sebagai hadiah, tanya Jibril. Jawab Ibrahim. "Berzikirlah kepada Allah, ambillah 1/3 darinya." Jibril pun berzikir. Tambah Ibrahim, "Berzikirlah untuk kali ke 3 dan ke 4 dan katakan dirimu itu hamba dengan itu kamu boleh ambil kesemua kambing ini beserta dengan pengembala dan serigala buruan sekali."

Allah pun berfirman, "Wahai Jibril ! bagaimana dengan kekasihku itu? " Jawab Jibril, "Ibrahim adalah sebaik-baik kekasih." Jibril lalu menunjukkan rupanya yang asal dan berkata, "Aku tidak perlukan kambingmu ini, sebenarnya aku hendak mengujimu saja. " Jawab Ibrahim, "Aku adalah kekasih Allah, tidak akan aku ambil semula apa yang telah aku berikan." Lalu Allah menurunkan wahyu pada Ibrahim agar kambing itu dijual dan wang yang diperolehinya itu hendaklah diwakafkan.

Jumaat, 30 Mac 2007

Maulidur Rasul


Pada 12 Rabiul Awal ( 31 mac 2007 ) setiap tahun hijrah umat islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Banyak kelebihan bila kita menganjurkan atau menyertai majlis Maulidur Rasul ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.Oleh itu sama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita.

Isnin, 19 Mac 2007

Tuntutan Kalimah Tauhid

Tuntutan kalimah tauhid LA ILAHA ILLALLAH

Maksudnya : Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan neraka kepada sesiapa yang menyebut " Tiada tuhan melainkan Allah" dengan tujuan meraihkeredhaan Allah.
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada 'Itban bin Malik, dinilai sahih )

Penerangan Hadis
Klik disini

Khamis, 15 Mac 2007

Sebab Turunnya Surah Al Ikhlas

Antara sebab turunnya surah Al Ikhlas ialah ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah.Dalam perjalanan itu baginda telah diekori oleh seorang musyrik dengan kudanya. Pada saat itu turunlah Jibril memberitakan kepada Rasulullah dengan berkata, "Wahai Muhammad! Suraghoh sedang mengejar kamu dari belakang tetapi Allah telah memerintahkan bumi agar patuh kepada kamu."

Setelah Suraghoh sampai kepada Rasulullah dengan pedangnya yang terhunus beliau terus menyerang baginda. Dengan pertolongan allah Suraghoh bersama dengan kudanya tiba-tiba terbenam ke dalam bumi sehingga tidak dapat bergerak lagi.Suraghoh lalu menjerit meminta tolong dari Rasulullah.

Kerana terlalu kasihan Rasulullah pun berpatah balik untuk menyelamatkan musyrik ini.Setelah selamat naik ke atas Suraghoh terus bertanya tentang Tuhan Muhammad, katanya,"Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?" Rasulullah menundukkan kepalanya buat seketika, kemudian turunlah Jibril memberikan wahyu dengan katanya, "Wahai Muhammad! katakan 'Qul Huwallah Hu Ahad .......hingga ke ayat terakhirnya.

Jumaat, 2 Mac 2007

Jangan Terpedaya Dengan Muslihat Musuh

Berhati-hati dengan laman di bawah

1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.allahassurance.com

Laman-laman ini dibangunkan oleh Yahudi dan Missionari dengan tujuan menyebarkan maklumat salah mengenai Agama Islam.

Jumaat, 23 Februari 2007

Malaikat Peribadi

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, " Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri." Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan. Katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.' Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan.

Pahala Selepas Mati

Anas r.a. berkata, "Ada 7 pahala yang akan tetap diterima oleh seseorang itu apabila ia mati kelak iaitu;

01. Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadah.

02. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya.

03. Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.

04. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.

05. Orang yang menanam buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia atau pun binatang.

06. Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajari.

07. Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua orang tuanya.


Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda, katanya, " Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali pada 3 perkara iaitu;

01. Sedekah jariah

02. Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.

03. Anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.

Khamis, 8 Februari 2007

Mengingati Mati

kematian adalah perkara yang hebat dan besar. Merenung kematian dapat menjauhkan seseorang dari kesenangan duniawi dan menyebabkan sedikit kegembiraan serta mendorong manusia untuk bersiap menghadapinya

Al-Fatihah
kepada Wan Ramlan ( teman di SK Seberang. Pasir Mas ) yang telah kembali ke rahmatullah pada 07.02.2007, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman
.

Ahad, 21 Januari 2007

Ejekan yang membawa nikmat

Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman b. Auf, belum tentu Miqdad b. Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.

Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya,"mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?

"Yah, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab Miqdad.

Entah mengapa, jawapan iru membuat Abdurrahman b. Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.w.a untuk mengadu.

Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. beliau menepuk bahu Miqdad dan berkata, "sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang pantas bagimu.

Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri paman Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.
Siapakah Miqdad b. Aswad? Dia seorang perwira islam yang gagah berani, yang pada tahun 640 M pernah ditugaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk memimpin 1000 orang perajurit ke Mesir untuk membantu pasukan Amr bin Ash.

Jumaat, 19 Januari 2007

Amalan-amalan sunat di bulan muharam

Antara Amalan Disunatkan Pada Bulan Muharam:

* Berpuasa
* Banyakkan amalan sunat seperti solat sunat , zikir dan sebagainya
* Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
* Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas maghrib sebanyak 3 kali


14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ( 10 muharam ):

* Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

* Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


* Menahan marah . Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

* Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

* Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

* Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka.Sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

* Memelihara kehormatan diri . Fadilatnya -Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

* mandi sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz:"sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

* Bercelak.Fadilatnya- Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

* membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000 kali. Fadilatnya -Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

* Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya -Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : " sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakkat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

* Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.

* Puasa . Niat- " Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadilatnya -Diberi pahala 1000 kali Haji, 1000 kali Umrah ,1000 kali Syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sesungguhnya PENGHIJRAHAN itu pahit untuk ditelan,pedih untuk dirasai, sensara untuk dilalui, luka untuk dialami. Namun terlalu manis untuk dinikmati. berbahagialah bagi orang-orang yang BERHIJRAH DEMI Agama, persaudaraan,persahabatan, kasih sayang dan lain-lain penghijrahan selagi tidak menyekutukan Allah. Sesungguhnya Ganjaran dan Nikmat Allah SWT itu lebih Besar Nilainya dari segala Pengorbanan yang kita lakukan. Selamat Menyambut MAAL HIJRAH.

Jumaat, 5 Januari 2007

Happy Belated 'Everything'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
( Tak pa la deh, lewat sikit )


SELAMAT TAHUN BARU
( Belum terlambat lagi )


SELAMAT BERTUKAR GRED ( UNTUK GURU )
( Tahniah untuk guru yang dilantik dari gred DGA 29 ke DGA 32 dan kekal di sekolah asal )

(Tahniah dan Takziah untuk guru yang dilantik dari gred DGA 29 ke DGA 32 tetapi di tukarkan ke kawasan pendalaman, hulu kelantan)


SELAMAT BERTUKAR KE SEKOLAH BARU
( Untuk guru yang khidmatnya tidak diperlukan lagi di sekolah lama )



Maaf kerana lewat sikit menyampaikan ucapan-ucapan di atas. Sibuk beraya,sibuk dengan persiapan sekolah anak dan berdebar-debar menunggu memo pertukaran.

Apapun, semoga ibadat korban yang telah berlalu menginsafkan kita untuk sedia berkorban apa sahaja untukNYA, jangan sesekali berkorban untuk yang lain.

Jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Seb Pasir Mas iaitu Tn Hj Ismail b. Yahya ,begitu juga dengan PK 1, PK Hem, PK Ko , rakan sejawatan, kak Nah dan semua yang saya kenal semasa bertugas di SKSPM dari 1.1.2001 hingga 4.1.2007.Mohon kemaafan jika saya ada membuat kesalahan.

Wassalam