Selasa, 11 Mac 2008

Fikirkanlah wahai melayu

Dimanakah suara PKR dalam membela nasib orang melayu ?

DEB yang dilaksanakan pada tahun 1971 dan telah menolong orang melayu dan bumiputra memperolehi sekurang-kurangnya 30% daripada kekayaan negara akan ditiadakan di Pulau Pinang.

Fikirkanlah kata-kata KM Pulau Pinang yang baru:
"Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama"

Jumaat, 7 Mac 2008

Pilihan Raya Umum Yang Ke 12

Esok 8 Mac 2008 ialah pilihan raya umum yang ke 12.
Tunaikan tanggungjawab anda semua sebagai pengundi yang bijak.

Jumaat, 15 Februari 2008

Kebesaran Surah Al Ikhlas

Berkata Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. telah bercerita, "Ketika aku berisrak ke langit, aku telah melihat Arasy itu terletak di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi dengan satu sendiialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang adalah bermula dari timur ke barat. Di setiap padang itu pula terdapat 80,000 malaikat yang mana mereka semuanya membawa surah Al Ikhlas.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Setelah selesai mereka membaca surah tersebut lalu mereka berkata, "Wahai Tuhan kami! sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al Ikhlas sama ada ia lelaki atau perempuan." Para sahabat yang mendengarnya merasa amat kagum.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi " Demi Allah jiwa aku di tanganNya, sesungguhnya " Qul Huwallah hu Ahad" itu telah tertulis disayap Jibril a.s. "Allah Hussomad" telah tertulis di sayap Mikail a.s. "Lam Yalid walam yulad" tertulis pada sayap Izrail a.s. "Walam yakun lahu Kufuwan Ahad" tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu barang siapa dari umatku membaca Surah Al Ikhlas maka ia akan diberi pahala sama seperti membaca kitab Taurat, kitab Injil, kitab Zabur dan kitab Al Quran yang agung."

Rabu, 6 Februari 2008

Perihal Neraka

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan, "Ya, Muhammad! api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula kalau digantung antara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersangatan." wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat menggerunkan.

Sekiranya satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menebusi hingga tujuh petala bumi. Mendengarkan semua itu, Rasulullah s.a.w, berkata kepada Jibril, " Cukup Ya Jibril." Lalu Rasullullah menangis, Jibril pun turut menangis.Melihat Jibril menangis Rassulullah pun bertanya " wahai Jibril mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?

Jibril menjawab, " Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau menguabah kedudukan sebagaimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk." Walaupun kedudukan Malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t namun ia tetap menangis takutkan Allah, tetapi malangnya manusia tetap engkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al quran dan As sunnah