Ahad, 21 Januari 2007

Ejekan yang membawa nikmat

Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman b. Auf, belum tentu Miqdad b. Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.

Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya,"mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?

"Yah, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab Miqdad.

Entah mengapa, jawapan iru membuat Abdurrahman b. Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.w.a untuk mengadu.

Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. beliau menepuk bahu Miqdad dan berkata, "sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang pantas bagimu.

Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri paman Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.
Siapakah Miqdad b. Aswad? Dia seorang perwira islam yang gagah berani, yang pada tahun 640 M pernah ditugaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk memimpin 1000 orang perajurit ke Mesir untuk membantu pasukan Amr bin Ash.