Rabu, 6 Februari 2008

Perihal Neraka

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan, "Ya, Muhammad! api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula kalau digantung antara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersangatan." wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat menggerunkan.

Sekiranya satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menebusi hingga tujuh petala bumi. Mendengarkan semua itu, Rasulullah s.a.w, berkata kepada Jibril, " Cukup Ya Jibril." Lalu Rasullullah menangis, Jibril pun turut menangis.Melihat Jibril menangis Rassulullah pun bertanya " wahai Jibril mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?

Jibril menjawab, " Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau menguabah kedudukan sebagaimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk." Walaupun kedudukan Malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t namun ia tetap menangis takutkan Allah, tetapi malangnya manusia tetap engkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al quran dan As sunnah

Tiada ulasan: